Rabu, 9 Mac 2011

Kamu pemalas!!!

ape punye jenis manusia la camni.. pemalas gilewwww.....
tgk muke pon da tau kemalasan ko camne. memang malang la sape yg dapat kwn mcm ko ni..
pemalas, tak pernah nak jadik rajin. ingat orang suke ke kat manusia pemalas macam ko ni??
bila la ko nak berubah ek?? takkan sampai ke tua nak jadi macam ni.. umur da meningkat,, tolong la berubah... plizz.. hoho..
sape yang dimaksudkan tu?? aku la.. haha..
kenapa aku kutuk diri sendiri? kenapa aku cakap mcm tu?
adakah sebab aku dah tak sayang diri aku sendiri?
no.. no.. no.. sebab aku sayang la aku cakap mcm ni..
bila tengok-tengok balik.. cian kat blog aku ni..
tuan punye blog malas gile nk buat entry... cian kan..
tengok la sndiri.. berape kerat je entri yg ade.. kosong je blog ni..
idea tu mmg la ade. nk menulisnye yg malas. hohoho..
tapi takpe la.. sat gi aku berubah slow-slow motion.. hehe..
ni da kire first entry utk bulan march.. but ni bukan first entry and the only one for march.
i will try to update my blog.. heheh.. adios..

Sabtu, 29 Januari 2011

Karangan Terbaik UPSR

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Jumaat, 28 Januari 2011

Mengalah bukan SIFATKU!!

Tidak! tidak sama sekali!.. aku bukan jenis yang mudah putus asa..
Kalau itu yang aku mahu, tu la yg aku akan dapatkan.
Yeah,, sifatku dari azali mmg camtu..

Pernah sekali, aku terpikat dgn dompet Ultraman masa tengah ikut mak
aku memborong barang di pengkalan kubor. Ntah lah,, kaler die, kekemasan
buatanye, design, saiznye, smua aku berkenan.. Walaupon byk lgi dompet2 laen kat situ, dompet tu jgk yang aku terpikat.

Pendirian aku dah ditetapkan.. aku nak dompet tu!!!
Sekali, dua kali, tiga kali, dan walaupon sebelas kali pon aku memujuk mak aku, dia tetap berkeras tak mahu membelikan dompet itu untuk aku.
Katanya, aku ni mengada-ngada sahaja.

Ini sama sekali tidak boleh berlaku,
mau aku tak boleh tido malam nanti terkenangkan dompet tu kalau aku tidak
memilikinye.. Aku tak nak menyesal seumur hidop. Ah, aku msti
memiliki dompet tu..

Lantas.. Kluar lah skill
memujuk yang pling hebat,, aku menangis meraung2 di depan org rmai..
"Mak, nak dompet, nak dompet", sambil mengenyeh kedua2 belah mata ku..
Akhirnye mak aku mengalah jua.. Dompet tu menjadi milikku. hhahaha..

Aku sudah puas dan aku takkan mengalah.. sekian~

p/s: masa tu aku berumur 8 tahun. haha

eh.. tu kawan aku!

korang ramai kawan? banyak x kawan korg? kalau yg suka sosial tu, msti ramai gile kan kawan2.. merata2 tempat plak tu. sng la kalau nk pegi mane2.. ad je kwn yg boleh di contact, jumpa, dan sembang.. sejauh manakah keikhlasan kita berkawan? serapat mane? bagi aku la, kawan rmai mmg la seronok, tapi sanggup ke diaorg tolong kita bila kita susah? bak kata manusia, bila time senang ade la semua, bila time kita susah? habuk pon tadak.. haha.. tapi x la semua kawan kite camtu kan? mesti ad rmai jgk yg sanggop bersusah payah demi kawan.. kwn macam tu la yg kite nk carik. yg terbaekk.. yg uniknye pasal berkawan, tali persahabatan tu takkan putus walau cmne skalipon, walhal bawak smpai ke mati. nti kwn2 kte la yg nk tulun semayangkan, kapankan, kebumikan. sng cite, mmg penting la kwn ni. dgn kawan la kite dapat rase erti hidup, yg manis, pahit, masam, kelat.. nk ckp pasal kawan2 ak skg, takot x terhabes plak.. byk sgt kut. kui3.. nnti slow2 la ak kongsikan cte pasal ak ngan kengkawan ek..k la, tu saje kali nie hehe.. adiOs...

Khamis, 27 Januari 2011

bantal oh bantal...

ouhh,,, ngantoknye rase... bantal, tilam, selimut, smua dah memanggil2..
agak korg la kan, berapa jam tido yang paling optimum untuk manusia normal nih?
mengikut pengetahuan am aku la, 8jam tido la yg paling optimum. Kalau terlebih tido camne? hehe,, yg tu tak leh gak. berpusing gak kepala nanti. paling minimum, tido kena lah 5jam. waktu kita tido tu, otak kita dpt berehat, badan, jantung,kulit, dapat baik pulih sel2 yang da mati.. ape yang jadi kalau kita x tido? senang je, try la buat experiment sendirik. try la x tido untuk satu malam. satu malam suda.. hehe.. jgn banyak2 malam, kalau masuk spital nnti, x dpt den nak tolong. aku kdg2 x tdo jugak, especially kalau ade event ape2 ke, mcm tgk muvee, sembang2, jalan2.. pastu hari esk, dpt la tgk hasilnye.. mata sakit+lemah+ngntok+pening2 lalat sket.. k la.. da nk tdo nih, berat da mata.. bubye smua.

p/s: hrp dpt sweetdream mlm ni. ;)

Isnin, 24 Januari 2011

Kerana awek..

Awek, awek, awek..
Org muda mmg tak dapat dipisahkan dengan istilah 'couple' nie.
Macam ombak dengan pantai.
Biasa lah,, bila dah meningkat remaja, mesti dah ade calon2 orang yang kita suka.
Bila dah saling suka-menyukai, ape lagi? Kapel la?? hahaha..
Ingin ditegaskan di sini, kapel ade buruk baiknye.

Keburukan kapel.
-buang duit(topup, hadiah, bla..bla..bla)
-buang masa(99.9% kapel x menjadi sampai ke jinjang pelamin)
-dosa(pergaulan bebas)
-tension dan stress(bile bergaduh)
-effect pelajaran(kalau dah mabuk sgt bercintan)
-effect mase depan(bila dah terlanjur, oopss~~)
-tempah neraka(ni dah kira ekstrim,, jgn sebab putus kapel, bunuh diri sendiri!!!)
-dan byk lgi keburuknnyer yg tak dapat nk difikir lagi..


Kebaikannye.
-seronok buat sementara waktu.

Kesimpulannye, tengok la sendiri.. kapel di usia muda? tak relevan kot..
Dah keje nnti, ade kete, ade rumah, ade harta, baru senang cerita.
Jumpe yang berkenan, terus kawen, tak payah bersusah2 nak kapel nih..
Jadi macam ni la kawan2,, malas nak meleter, fikir-fikirkanlah..

Sekian,,

Sorry Kawan..

I'm fucked up.
ape yang aku dh buat kat kawan2 aku?
Camni cite die..
Setelah dipendekkan cerita..
Ni semua pasal awek.
Kawan yg terkorban.
Aku nk mintak maaf nan kwn aku tu, tapi hati rasa berat sangat,sebab aku tau tu salah aku.
Aku buntu skg.. msti aku dah di banned dari jadik kwn die.
Aku xmO camni. Kwn still kwn.
Bile la aku nak mintak ampun maaf ngan die ek?
Slagi aku x mintak maaf, slgi tu die anggap aku kawan yg harem..
Ya Allah,, bagilah aku kekuatan untuk bersemuka dgnnye..
Aminnn~~

Payah jugak nak ber-blog....

aku suke bace blog orang..
aku dapat bace cerita2 best, pengalaman hidop ke, lawak jenaka ke..
kadang2, datang gak hajat di hati nk buat blog sendiri..
dengan keazaman yg tak menentu, lahir la blog ni.
hahaha..
payah jugak nk ber-blog rpenye.
penulisan msti ade gaya, cerita mesti menarik hati dan kalbu, baru ramai follower. kan3..
aku masih blaja ber-blog.
support me frens..
bagi la komen ke, nasihat ke, bru aku ade semangat nak ber-blog secara aktiff.
Chioo~~