Jumaat, 28 Januari 2011

Mengalah bukan SIFATKU!!

Tidak! tidak sama sekali!.. aku bukan jenis yang mudah putus asa..
Kalau itu yang aku mahu, tu la yg aku akan dapatkan.
Yeah,, sifatku dari azali mmg camtu..

Pernah sekali, aku terpikat dgn dompet Ultraman masa tengah ikut mak
aku memborong barang di pengkalan kubor. Ntah lah,, kaler die, kekemasan
buatanye, design, saiznye, smua aku berkenan.. Walaupon byk lgi dompet2 laen kat situ, dompet tu jgk yang aku terpikat.

Pendirian aku dah ditetapkan.. aku nak dompet tu!!!
Sekali, dua kali, tiga kali, dan walaupon sebelas kali pon aku memujuk mak aku, dia tetap berkeras tak mahu membelikan dompet itu untuk aku.
Katanya, aku ni mengada-ngada sahaja.

Ini sama sekali tidak boleh berlaku,
mau aku tak boleh tido malam nanti terkenangkan dompet tu kalau aku tidak
memilikinye.. Aku tak nak menyesal seumur hidop. Ah, aku msti
memiliki dompet tu..

Lantas.. Kluar lah skill
memujuk yang pling hebat,, aku menangis meraung2 di depan org rmai..
"Mak, nak dompet, nak dompet", sambil mengenyeh kedua2 belah mata ku..
Akhirnye mak aku mengalah jua.. Dompet tu menjadi milikku. hhahaha..

Aku sudah puas dan aku takkan mengalah.. sekian~

p/s: masa tu aku berumur 8 tahun. haha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan