Jumaat, 20 Julai 2012

PENANTIAN

Bertemu juga setelah sekian lama. Ramadhan Al-Mubarak, bulan yg mulia dari bulan2 yg lain. Penuh barakah dan rahmat Allah. Tinggal hanya usaha dari hamba-hambaNya untuk mengejar nikmat Iman dan Islam. Tiada paksaan bagi membuat amalan. Hanya hawa nafsu yang membataskan perbuatan.
Bersyukur ke atas Allah S.W.T. Dipanjangkan lagi umur utk bertemu pada Ramadhan kali ini, walaupon hambaNya penuh dosa dan hina. Mungkin sebagai iktibar untuk memperbanyakkan amal menghadapi hari Akhirat kelak yg kekal dan abadi.

Diturunkan pada bulan Ramadhan, mlm lailatul Qadar, satu malam dimana lebih baik dari malam itu seribu bulan. Untunglah manusia yg berdoa dan beribadah pada malam yg sgt mulia itu. Satu kurniaan yg besar daripada Allah kepada hamba-hambaNya.

Tak perlu berlengah dah berfikir panjang, lepas baca entri ni, terus kuatkan azam untuk beramal di bulan yg mulia ini. Buatlah dengan sepenuh hati. Semoga kedatangan Ramadhan tahun ini dapat memberi sinar Islam (An Nur) dalam kehidupan kita dan meletakkan kita dalam kalangan org yg berIman. Amin ya rabbal alamin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan