Rabu, 25 Julai 2012

Tempat pilihan

Waktu berbuka hampir tiba, di manakah anda akan berbuka??
1. Masjid atau surau
Sesuai bagi yg mahu makan rewang, moreh, (beramai-ramai)
Boleh terus solat tarawih berjamaah skali.
Yg belum kenal boleh berkenalan, yg dah kenal boleh mengeratkan silaturrahim.
Suasana sentiasa meriah.
Tidak sesuai untuk org kedekut, tak mahu berkongsi makanan.

2. Rumah
Berbaloi jika isteri pandai memasak.
Boleh meminta juadah apa untuk berbuka.
Makan sampai kenyang.
Lepas kenyang boleh terus tido.
Tarawih ikut suka nak buat ke tak nak.

3. Kaki lima
Sinonim dengan org yg terlalu sibuk.
Tiada masa untuk balik atau singgah masjid.
Hanya makanan ringan yg sempat dibeli menjadi juadah.
Tiada nilai kekeluargaan, makan sorg2.
Tak kenyang.
Sempat tarawih kalau bergegas pergi ke masjid@surau berdekatan.

Di manakah tempat anda berbuka puasa hari ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan