Rabu, 25 Julai 2012

Tersirat dan Tersurat

Segalanya sudah diatur sejak azali lagi. Bahkan, tatkala roh kita ditiup di dalam segumpal daging dalam perut ibu, sudah tertulis jodoh kita, ajal kita dan rezeki kita.
 Jgn difikirkan lama2 atau cuba merungkai kenapa, mengapa dan bagaimana ia berlaku. Sekadar teguh mempercayai dan tidak menolak hukum ini sama sekali adalah perlu bgi kita.

Coretan ini hanya sebagai peringatan sedang otak ligat bermunasabah sebelum memejamkan mata, tidak sabar untuk berpuasa hari esok.

Doa sebagai senjata umat islam. Banyakkan berdoa, bahkan jgn berputus asa untuk berdoa walaupon doa yg sama setiap kali. ALLAH MAHA MENDENGAR. Semoga kita semua mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah S.W.T. Aminn..

Tempat pilihan

Waktu berbuka hampir tiba, di manakah anda akan berbuka??
1. Masjid atau surau
Sesuai bagi yg mahu makan rewang, moreh, (beramai-ramai)
Boleh terus solat tarawih berjamaah skali.
Yg belum kenal boleh berkenalan, yg dah kenal boleh mengeratkan silaturrahim.
Suasana sentiasa meriah.
Tidak sesuai untuk org kedekut, tak mahu berkongsi makanan.

2. Rumah
Berbaloi jika isteri pandai memasak.
Boleh meminta juadah apa untuk berbuka.
Makan sampai kenyang.
Lepas kenyang boleh terus tido.
Tarawih ikut suka nak buat ke tak nak.

3. Kaki lima
Sinonim dengan org yg terlalu sibuk.
Tiada masa untuk balik atau singgah masjid.
Hanya makanan ringan yg sempat dibeli menjadi juadah.
Tiada nilai kekeluargaan, makan sorg2.
Tak kenyang.
Sempat tarawih kalau bergegas pergi ke masjid@surau berdekatan.

Di manakah tempat anda berbuka puasa hari ini?

Jumaat, 20 Julai 2012

Realiti Masa.

Smalam tarawih pertama. Surau dan masjid yg selama ni lenggang dan muram jdi meriah. Penuh dengan jamaah yg dtg untuk solat berjamaah, baca Al-Quran dan mengaji. Inilah hikmat bulan Ramadhan, berpusu- pusu org dtg memenuhi rumah Allah. Kan bagus kalau perkara ni berterusan sepanjang masa. Melihat pada tempat sendiri, selepas saja separuh bulan Ramadhan, org mulai kurang di masjid dan surau. Adakah realiti ini akan berterusan? Anda penentunya. :)

PENANTIAN

Bertemu juga setelah sekian lama. Ramadhan Al-Mubarak, bulan yg mulia dari bulan2 yg lain. Penuh barakah dan rahmat Allah. Tinggal hanya usaha dari hamba-hambaNya untuk mengejar nikmat Iman dan Islam. Tiada paksaan bagi membuat amalan. Hanya hawa nafsu yang membataskan perbuatan.
Bersyukur ke atas Allah S.W.T. Dipanjangkan lagi umur utk bertemu pada Ramadhan kali ini, walaupon hambaNya penuh dosa dan hina. Mungkin sebagai iktibar untuk memperbanyakkan amal menghadapi hari Akhirat kelak yg kekal dan abadi.

Diturunkan pada bulan Ramadhan, mlm lailatul Qadar, satu malam dimana lebih baik dari malam itu seribu bulan. Untunglah manusia yg berdoa dan beribadah pada malam yg sgt mulia itu. Satu kurniaan yg besar daripada Allah kepada hamba-hambaNya.

Tak perlu berlengah dah berfikir panjang, lepas baca entri ni, terus kuatkan azam untuk beramal di bulan yg mulia ini. Buatlah dengan sepenuh hati. Semoga kedatangan Ramadhan tahun ini dapat memberi sinar Islam (An Nur) dalam kehidupan kita dan meletakkan kita dalam kalangan org yg berIman. Amin ya rabbal alamin..